Friday, May 28, 2010

Wah! Dunia baru...

Ya, aku berada di dalam dunia yang baru. Dan buat kali yang entah ke berapanya aku menggunakan Bahasa Melayu untuk menulis entri ini.

Pertama; dah lama rupanya aku tak update blog aku ni.

Kedua; aku sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan pertengahan tahun yang tinggal seminggu lagi nak habis.

Ketiga; buat matapelajaran kesayangan aku, Biologi dan Fizik, Paper 1 agak senang, tapi bila dapat Paper 2, memang nak membunuh aku. Tapi...boleh goreng kot.

Keempat; aku harap kertas Kimia dan EST nanti senanglah sikit. Tolonglah aku mohonnnn! Aku dah study betul-betul pun, jawab soalan macam tak pernah belajar. Dahsyat kannn?

Kelima; aku nak teruskan kerjaya aku selepas ini. Eh? Dah kerja ke? Bukan. Kerjaya aku bagi sekarang ialah Graphic Designer dalam Sidang Redaksi SMK Meru dan wakil sekolah Pertandingan Folio Sejarah Peringkat Kebangsaan (cikgu ajak, ambik jelah). Aii, dua je? Nasib baik dua, nampak je sikit tapi kerjanya tetap kena menemuramah orang. Nak kejar cikgu lagi, ingat senang ke, nak cari inspirasi pun, bukan senangg.

Dunia baru ini banyak mengajar erti kesabaran dalam menghadapi setiap pergolakan dalam hidup. Bukan semuanya milik kita, segala perkara yang berlaku ada hikmahnya, demi kebaikan diri kita sendiri. Sesungguhnya takdir itu milik Allah.

No comments:

Post a Comment