Saturday, July 3, 2010

Hari Koperasi SMK Meru 2010

Hm, pertama sekali, dah lama sangat tak tulis blog kan. Aku pun dah rindu merindu nak nge'blog' ni.
Okay, tak mau panjang sangat mukaddimah.

Semalam, Jumaat 2 Julai 2010, HKS 2010 telah diadakan di SMK MERU. Macam tahun lepas, aku pun ambil kesempatan membuka gerai. Hmm, ramai juga yang membuka gerai, ada juga orang luar yang buka tapi majoritinya pelajar SMK Meru sendiri. Apa yang beza sikit tahun ni, aku buka secara group bukan untuk tabung kelas macam tahun lepas. Nama gerai kitorang, TAKEABITE. Susah betul nak fikir nama yang elok, fikir punya fikir, akhirnya dapat juga.

Overall, aku buka gerai semua ni, ada sebab sebenarnya, niat yang orang tak perasan ataupun ambil berat tentangnya. Sebenarnya, perkara ni adalah satu cara untuk aku buat aktiviti dengan kawan-kawan. Tak kisahlah kawan rapat mahupun yang baru kenal. Aku rasa seronok bila tengok muka 'excited' diaorang, rasa tak sabar nak mulakan business, dan...macam-macam lagi perasaan. Lagipun, aktiviti macam ni ada manfaatnya. Boleh eratkan lagi ikatan persahabatan. Ada juga rasa terkilan, teringat batch 3KAA 2009, rindu sangat pada kawan-kawan yang dah pindah tu. Syukur bila dapat tahu diaorang baik-baik saja. Akmal dan Afiq ada juga datang ke gerai kitorang. Sihat walafiat je, muka Akmal pun dah bersih sekarang, jerawat dah kurang, handsomelah sikit. Tumpang pencuci muka Afiq agaknya ;-)

Pada hari tu juga, Hari Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru diadakan. Tak tau apa? Hari tandatangan report card la (bahasa time sekolah rendah dulu, huhu). Alhamdulillah, keputusan aku baik. Syukur sangat, aku langsung tiada m/p yang gagal. Keseluruhan gred, 2A 4A- 1B+ 2B 2C+ 1C. Tapi memang sedih bila ada gred C. Hm, nak buat macam mana, redha je lah. Kedudukan dalam kelas? Malas lah nak bagi tahu :-p

Apa-apa pun, terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi ikut melabur dalam gerai kita. Korang dah banyak tolong dalam persediaan untuk gerai. Aku sayangg korang.

No comments:

Post a Comment