Friday, July 22, 2011

Tanggapan

Assalamualaikum semua, baiklah hari ni aku nak guna Bahasa Malaysia pulak XD

aku nak bincangkan satu perkara hari ini, iaitu......TANGGAPAN
Masyarakat hari ni, terutamanya orang Melayu sendiri lah kan, sangat gemar menilai dan terlalu cepat memberi tanggapan kepada orang lain. Baru tadi aku dengar, ada sipulan tu dah bininya dah mati, jadi dia pun kahwin lain. Dengar macam biasa je kan, tapi yg jadi isu sekarang ini ialah sipulan tu berkahwin lagi terlalu cepat, maklumlah isterinya baru sahaja meninggal dunia, jadi orang2 sekeliling mula lah berkata yang bukan2. Apa yg aku nk katakan di sini, biarlah dia, bukannya dia buat maksiat ke apa ke, dia dah pun berkahwin dgn orang tu, dia melakukan pekerjaan yg halal. Kalau dah memang itu jodohnya, kita tak sepatutnya mempersoalkan ketentuan Tuhan...Benda baik pun salah, apa nk jadi dgn masyarakat kita  =,='


Tu satu hal, ada lagi contoh lain. Perkara ni berlaku pada aku sendiri. Aku ada post status kat Facebook, yg bunyi cam cintan cintun, ke jiwang, tu orang kata lah. Sebenarnya, banyak status yg aku dah post tu berasal dari quotes, dan aku cuma nk share dgn orang lain. Tapi bila orang baca, boleh pula tersalah anggap. Well, I guess people nowadays are too nosy and too good in judging others. Lagipun, quotes yang aku post tu pun kadang2 aku copy je dari twitter, wat pe nk susah2 karang sendri, ingat aku takde keje lain ke. So, aku minta kalau2 ayat-ayat yg aku post tu anda rasa berbunyi jiwang ke cam ada bf ke, sorry la, anda SALAH. Ayat-ayat aku selalunya universal, boleh kaitkan dgn apa jua topik, suka hati ko lah nak cakap apa...busybody betul!

Jadi, kalau nak jadi seorang insan/anggota masyarakat/pelajar yang baik dan berbudi pekerti, tolonglah janganlah terlalu cepat menilai sesuatu/ seseorang. Marilah kita ber'husnuzzon' (bersangka baik) kepada orang lain. Kadang-kadang kita tak sedar termasuklah aku sendiri, tercakap benda yg tak baik pasal orang. Sebenarnya penilaian kita yang bukan2 tu boleh menyebabkan fitnah dan memecahbelahkan pihak yg tak bersalah. Ish ish ish astaghfirullahalazim...

Intihanya, janganlah kita terlalu cepat menilai seseorang. As the saying goes, don't judge a book by its cover. Jangan menilai seseorang/sesuatu daripada luaran sahaja. Ada orang hodoh tak cantik, tapi berhati mulia. Betul tak?? Akhir kata, andai tersalah tersilap kata dalam post ini, beribu ampun kupinta.....

1 comment:

  1. betul tu. people nowadays sgtla suka jge tepi kaen org and judge -vely kat org. tp kte takley depend on saying, dont judge the book by its cover. sekarang, everything counts! hehe

    ReplyDelete